.....
Untuk makluman semua, ada dikalangan sahabat-sahabat kita yang akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Disember ini..

Kalau bulan November lepas alhamdulillah saya sempat menghadiri 2 majlis perkahwinan atas jemputan mereka..Dan mungkin ada diantara kita yang tidak mendapat kad jemputan so harap sahabat sekalian tidak berkecil hati kerana ada kelemahan komunikasi yang tak dapat dielakkan..

Diharap dengan adanya mekanisme "BLOG" ini dapat menyampaikan sebarang informasi berkenaan tentang sahabat-sahabat kita yang mengaji bersama kita di SMIP dahulu..

Bulan November yang lepas alhamdulilah sahabat kita ISKANDAR dan FAUZIAH MISKAN telah melangsungkan perkahwinan mereka di rumah masing-masing..Saya sempat hadir di rumah FAUZIAH MISKAN sahaja..

Selain itu sahabat kita HANAFI dan FIZURA juga telah melangsungkan walimahtul urus mereka di kediaman FIZURA di puchong..Dan alhamdulilah ramai sahabat-sahabat SMIP yang datang di kenduri tersebut..Terasa meriah sungguh majlis tersebut kerana ramai sahabat-sahabat yang hadir..

Yang terbaru..5hb Disember 2009 bersamaan hari sabtu yang akan datang akan berlangsung majlis perkahwinan antara HANAFI NORZA dan FIZURA ZAINAL ABIDIN di dewan cheras..Bagi sesiapa yang ingin hadir ke kenduri tersebut bersama-sama dengan saya sila hubungi saya di 012-3335615..

Selepas itu pula kakak kita pula akan melangsungkan perkahwinan di rumah beliau pada 19hb Disember 2009..anda kenal kakak HAWANISAH???anak kepada haji pak usop..Rumah beliau di puchong dan semua di jemput hadir..Nanti saya akan postkan kAd jemputan kahwin beliau..

Sehari selepas akak HAWANISAH kahwin akan berlangsung pula perkahwinan bagi pasangan SHAZILA dan pasangan beliau.. Rumah beliau di puchong indah kalau tak silap saya..kalau silap saya akan betulkan baliklah nanti =)

Kepada sahabat-sahabat sekalian jemputlah hadir bagi memeriahkan majlis..Kita hadir majlis orang dan kelak nanti orang akan datang kenduri kita..hehehehe =)
.....
Setelah sekian lama blog ini tak di'update' barulah timbul kesedaran saya untuk meng'update'kannya kembali =)
Bagi sahabat-sahabat yang sudi datang menziarah blog ini tinggalkan apa-apa komen ataupun pandangan untuk kebaikan kita bersama..INSYA ALLAH =)
.....
Untuk makluman semua sahabat-sahabat seperjuangan sekalian, SMIP telah menjemput ALUMNI SMIP untuk turut serta dalam Majlis Berbuka Puasa yang akan diadakan pada16 September 2009(Rabu) bersamaan 26 Ramadhan 1430 bersama ustaz ustazah SMIP, ex-guru-guru dan pelajar-pelajar SMIP..Semua ALUMNI SMIP dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis ini..

Berikut adalah tentatif program untuk hari berkenaan:-

> 5.30 : kehadiran para tetamu

> 6.00
: ucapan aluan pengerusi majlis
: ucapan pengetua
: ucapan pengurus lembaga tadbir
: majlis penyampaian sumbangan

> 7.10 : tahlil

> 7.20
: berbuka puasa
: solat maghrib/isyak/terawikh
: persembahan pelajar/alumni/guru2

> 10.30 : Bersurai

Untuk persembahan, ALUMNI SMIP juga dikehendaki menyampaikan sebarang persembahan pada malam tersebut..Mungkin kita tidak ada masa untuk merancang tetapi kita tetap akan buat..Buat masa ini hanyalah persembahan nasyid sahaja yang sesuai tetapi jika ada cadangan lain tolong beritahu saya..

Kepada sesiapa yang nak datang tolong inform dekat saya sebab saya nak confirmkan dengan ustaz tentang makanan berbuka untuk yang hadir..Tolong beri kerjasama..Tolong mesej di nombor 012-3335615 atau 013-3067442..

Sekian terima kasih =)
.....
Adakah anda masih ingat lagi kesemua ustaz dan ustazah yang pernah mengajar kita satu masa dahulu???
Gambar ini saya dapat dari Majalah AL-HIKMAH edisi ke-2..
Sekiranya anda telah lama tak contact mereka so contact-contactla coz mereka inilah yang banyak mencurahkan ilmu kepada kita..
(bagi batch yang muda-muda mungkin tak kenal mereka ini)
If tak dapat call pun takpe, message sahaja menggunakan YM, Facebook, Frienster dan sebagainya..
.....
Dapat jugak bermain futsal buat kali keduanya bersama Alumni Smip..Untuk kali ini ada pertambahan pemain yang di import khas dari India iaitu Abdul Halim Rezoun disertai dengan sahabat-sahabat Aswad dari Uitm Shah Alam dan juga kawan-kawan Shahril dari puchong.Adalah seramai 26 orang yang datang bermain..hahaha..Yang lain rasanya dah datang minggu lepas..Kalau minggu lepas tidak sempat untuk mengambil gambar sebagai bahan bukti tapi kali ini akanku pastikan ianya berlaku..hehehe..Adalah dalam beberapa gambar yang sempat di ambil tanpa mereka semua sedar..















Inilah antara gambar-gambar yang dapat dirakamkan sepanjang kami bermain futsal..Tiba-tibe terpikir nak buat game yang boleh melibatkan banat sekali..Contohnya bowling ke or game-game lain..Tak pun mana-mana banat Alumni SMIP yang handle..Depend kat korang nak buat apa-apa event tau..

Insya Allah program bermain futsal ini akan di jadikan sebagai program mingguan Alumni SMIP. .If nak datang just support je pun memang di alu-alukan..
.....
Adakah anda semua ingat lagi dengan majalah ini?
Semestinya bukan..
Kerana majalah inilah yang menjadi kenangan semasa kita di bumi SMIP..
Di sini saya postkan 3 keluaran pertama majalah AL-HIKMAH..
Hanya 3 edisi ini sahaja yang dapat saya kumpulkan..



EDISI PERTAMA

Ketika zaman:

"Khairul Syazwan, Fauzi, Abdul Muizz, Nasrulnizam, Yunus, Yazid, Saniah, Siti Mahirah, Nurul Asyikin, Noorliyana Fauziani, Halimatussa'diah, Isnaliza, Rabiatu Adawiyah, Hawanisah, Atiqah Fadzilah, Noor Saadah, Nur Assyura, Norhafizah, Hanisah, Salmah dan Siti Rahayu"



EDISI KEDUA

Ketika zaman:

"Abdullah, Hasrul, Zarifi, Yusri, Zulfatta, Faizal Eshak, Amirul Hadi, Luqmanul Hakim, Iqbal, Shah Hasnan, Irsyad Zamani, Shahril, Hafiezee, Asyraf, Shahrizal, Redhuwan, Nazree, Nur Izzati, Shazila, Nur Khairiah, Khairunnisa', Jauharatuddini, Melewati, Khalidah, Mumtaz Athirah, Maszalin, Intan Zaleha, Laila Farhana, Zurina, Khairani Aswita, Khairatus Sakinah, Noor Asyikin, Dain Surinie, Fizura, Nurul Huda, Nor Faezah, Hazwani, Nor Syahida, Rasyidah"



EDISI KETIGA

Ketika zaman:

"Faizal Rasol, Azharuddin, Muzammil, Firdaus Nordin, Harmaini, Nur Kusaini, Firdaus Arizal, Adlan, Khairil Asyraf, Hafazi, Zahid, Aswad Khawarie, Jamil, Fikri, Noor Asyraf, Afiq, Sabri, Aizuddin, Basirun, Nazri, Bakri, Fadzli, Arif Fikri, Abdul Halim, Ammar Farhan, Fariz, Syahrizal, Hafizah Shamsuri, Najihah, Fauziah, Zulaikha Ali, Atiqah, Siti Hajar, Hairatul Ain, Ithri, Hafizah Munir, Khalidah, Nur Ayani, Nur Chahaya, Nur Syahidah, Hasni, Nur Hazirah, Nurul Ainie, Norayikin, Ie-kinorm, Noor Hawa, Siti Fathanah, Nurul Syafiqah, Sharifah Afiqah, Raisha, Nur Syuhada, Nor Adilah"



......................................................................
Jutaan terima kasih di ucapkan kepada Siti Hajar Sukarno kerana dialah tuan empunya majalah ini..
Terima kasih kerana sudi meminjamkan majalah ini kepada saya..

........................................................................
JADIKAN KENANGAN LAMA BERSAMA..
MEMORI MASA KINI SELAMANYA..

.....

Gambar hiasan


Alhamdulillah, malam Selasa (30 Jun 2009) tepat jam 11 p.m kami Alumni SMIP telah menganjurkan futsal di HTO Futsal, Subang Jaya. Sambutan yang diberikan oleh kawan-kawan amat menakjubkan. Lebih kurang 16 orang ahli Alumni SMIP datang untuk beriadah bersama-sama disamping dapat bertemu sahabat-sahabat lama.

Antara yang hadir adalah Mohd Shahril B. Ritin , Mohd Faizal B. Eshak@pejei, Shahrizal B. Zakaria@shah ngayong, Aswad Khawarie B. Ali , Anas Zanian, Hafiz Zanian, Mohd Faizal B. Rasol@abang, Mohd Nazri B. Mokhtar@mat, Luqmanul Hakim B. Aziz@orang tua, Mohd Sharqawi B. Hizir, Aizzad B. Rashid@ijat pek, Mohd Firdaus B. Nordin@daus kucing, Saifullah B. Azmi@ayam katik, Osman Sarnuji@man, Naim, Meor. Turut hadir juga kawan-kawan taman aswad yang amat hebat bermain futsal seramai 5 orang.

Insya Allah program-program seperti ini akan diteruskan bagi mengeratkan hubungan antara ahli-ahli Alumni SMIP. Bagi kawan-kawan yang terbaca blog ini dan ingin turut serta dalam aktiviti yang kami anjurkan, sila hubungi
Mohd Faizal B. Eshak@pejei di 012-333 5615 atau 013-306 7442.
Labels: 1 comments | edit post
.....
Alhamdulilah dengan rahmat dan hidayah-Nya, program "AVICENNA CAMP II" telah berjaya diadakan dengan jayanya. Segala masalah yang timbul kita tolak ke tepi dan harap menjadi teladan di masa akan datang. Yang amat penting adalah pelajar-pelajar SMIP mendapat sedikit kesedaran untuk mereka terus menggapai kejayaan di alam pembelajaran mereka.

Program yang telah berlangsung pada 20hb Jun 2009 bersamaan hari sabtu bermula dari jam 7.30 pagi hingga 11.30 malam telah disertai seramai 73 pelajar asrama banin dan banat dari tingkatan 2 hingga 5. Slot-slot yang di sampaikankan berbentuk umum dan dapat diaplikasikan bagi semua peringkat umur. Antara tajuk-tajuk yang di sampaikan adalah "Pengurusan Masa", "Menggapai Kejayaan dan Impian", "Stress Managemnent" dan " Contoh dari Kejayaan".

Seramai 4 penceramah yang di jemput hadir untuk menyampaikan ceramah mereka dan di kalangan mereka adalah bekas-bekas guru SMIP yang dahulunya bertugas di SMIP. Mereka adalah Ustaz Amiruddin B. Mokhtaruddin, Ustaz Azhar B. Ab. Shukur, Ustaz Abdul Hadi B. Hussin dan Mohd Hanafi B. Norza. Seorang penceramah di jemput khas dari bahagian counselung UiTM iaitu Puan Aluyah. Ribuan terima kasih diucapkan kepada mereka kerana sudi melapangkan masa untuk berkongsi sedikit ilmu bersama pelajar-pelajar SMIP.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah kerana banyak memberi kerjasama kepada Alumni SMIP terutama mudir kesayangan, Ustaz Haji Mohd Nasir B. Yusof dan Ustaz Ashrul Hisyam serta ustaz dan ustazah di SMIP dari segi kewangan, makanan dan sebagainya.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Pengarah Program "AVICENNA CAMP II" saudari Laila Farhana Bt. Abu BAkar kerana usaha gigihnya program ini dapat diadakan. Beliaulah yang bertungkus lumus menggerakkan program ini. Selain itu juga ucapan terima kasih kepada semua fasilitator yang datang membantu. Walaupun tidak ramai tetapi tenaga anda sudah cukup untuk menjayakan program ini. Mereka adalah saudara Aswad Khawarie B. Ali, Mohd Jamil B. Zainal Abidin, Anas B. Zanian, Muhd Sharqawi B. Hizir, saudari Khairunnisa' Bt. Osman, Dian Surinie, Nur Alyani Bt. Azlisyah, Hafizah Bt. Shamsuri dan Hazwani Bt. Shamsuri. Tanpa anda siapalah Alumni.

Semoga program-program seperti ini dapat di teruskan di masa-masa akan datang dan harapan saya agar ahli-ahli Alumni SMIP ini tidak serik untuk turut serta malahan lebih bersemangat untuk mengendalikan program ini.

Berikut adalah sedikit kenangan-kenangan semasa program di jalankan.







->>> P/S: Kepada semua ahli-ahli Alumni yang tidak dijemput untuk program ini, kami dari pihak pengurusan memohon maaf kerana program ini mengalami banyak masalah pada peringkat awal. Insya Allah jika ada umur yang panjang kita pasti akan bertemu untuk program yang lain =)