.....
Alhamdulilah dengan rahmat dan hidayah-Nya, program "AVICENNA CAMP II" telah berjaya diadakan dengan jayanya. Segala masalah yang timbul kita tolak ke tepi dan harap menjadi teladan di masa akan datang. Yang amat penting adalah pelajar-pelajar SMIP mendapat sedikit kesedaran untuk mereka terus menggapai kejayaan di alam pembelajaran mereka.

Program yang telah berlangsung pada 20hb Jun 2009 bersamaan hari sabtu bermula dari jam 7.30 pagi hingga 11.30 malam telah disertai seramai 73 pelajar asrama banin dan banat dari tingkatan 2 hingga 5. Slot-slot yang di sampaikankan berbentuk umum dan dapat diaplikasikan bagi semua peringkat umur. Antara tajuk-tajuk yang di sampaikan adalah "Pengurusan Masa", "Menggapai Kejayaan dan Impian", "Stress Managemnent" dan " Contoh dari Kejayaan".

Seramai 4 penceramah yang di jemput hadir untuk menyampaikan ceramah mereka dan di kalangan mereka adalah bekas-bekas guru SMIP yang dahulunya bertugas di SMIP. Mereka adalah Ustaz Amiruddin B. Mokhtaruddin, Ustaz Azhar B. Ab. Shukur, Ustaz Abdul Hadi B. Hussin dan Mohd Hanafi B. Norza. Seorang penceramah di jemput khas dari bahagian counselung UiTM iaitu Puan Aluyah. Ribuan terima kasih diucapkan kepada mereka kerana sudi melapangkan masa untuk berkongsi sedikit ilmu bersama pelajar-pelajar SMIP.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah kerana banyak memberi kerjasama kepada Alumni SMIP terutama mudir kesayangan, Ustaz Haji Mohd Nasir B. Yusof dan Ustaz Ashrul Hisyam serta ustaz dan ustazah di SMIP dari segi kewangan, makanan dan sebagainya.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Pengarah Program "AVICENNA CAMP II" saudari Laila Farhana Bt. Abu BAkar kerana usaha gigihnya program ini dapat diadakan. Beliaulah yang bertungkus lumus menggerakkan program ini. Selain itu juga ucapan terima kasih kepada semua fasilitator yang datang membantu. Walaupun tidak ramai tetapi tenaga anda sudah cukup untuk menjayakan program ini. Mereka adalah saudara Aswad Khawarie B. Ali, Mohd Jamil B. Zainal Abidin, Anas B. Zanian, Muhd Sharqawi B. Hizir, saudari Khairunnisa' Bt. Osman, Dian Surinie, Nur Alyani Bt. Azlisyah, Hafizah Bt. Shamsuri dan Hazwani Bt. Shamsuri. Tanpa anda siapalah Alumni.

Semoga program-program seperti ini dapat di teruskan di masa-masa akan datang dan harapan saya agar ahli-ahli Alumni SMIP ini tidak serik untuk turut serta malahan lebih bersemangat untuk mengendalikan program ini.

Berikut adalah sedikit kenangan-kenangan semasa program di jalankan.







->>> P/S: Kepada semua ahli-ahli Alumni yang tidak dijemput untuk program ini, kami dari pihak pengurusan memohon maaf kerana program ini mengalami banyak masalah pada peringkat awal. Insya Allah jika ada umur yang panjang kita pasti akan bertemu untuk program yang lain =)
0 Responses

Post a Comment